Sunday, 30 March 2014

#3 kebenaran yang menyakitkan :(

sebenarnya sampai sekarang aku masih lagi doubt, betul ke aku ni bisexual. mungkin aku selayaknya digelar gay terus. ya, aku rasa itu la kebenarannya, walaupun ia menyakitkan dan teramatlah pahit nak ditelan. entah kenapa aku tak jadi macam orang lain kat luar sana, yang jenis live your life the way it is. aku berperang dengan diri aku hampir setiap hari, betul betul stress dan naik gila memikirkannya

lagi kebenaran yang menyakitkan, aku lebih kepada lelaki. ni aku dah bagitau dalam post aku sebelum ni. tapi masalahnya, bila aku dengan lelaki yang lebih berusia, aku rasa nak dijaga, dilindungi di mana ini ialah perasaan yang sial dan aku langsung taknak admit sampailah sekarang ni. padahal aku lansung tak nak rasa macam tu, sudahlah diri ni sonsang, lagi timbul pulak perasaan bottom bila dengan lelaki yang lebih berusia. perghh rasa nak buang je diri ni jauh jauh

kalau dengan yang lebih muda pulak, yang ni aku boleh terima lagi sebab aku berperanan macam seorang abang kepada adik, seorang boyfriend kepada girlfriend dan seorang husband kepada isteri. tak boleh blah kan ayat aku? tapi walau apa pun benda ni tetap sonsang dan salah ye.

memang pernah timbul niat nak berubah, tapi entah kenapa setiap kali aku cuba, setiap kali tu jugaklah aku down. nak nak lagi bila ada kes gay sampai ke hari tua. bayangkan, orang tu dah 50 tahun macam tu pun masih ada perasaan macam tu lagi. tapi orang ni tak kahwin, so aku ok la kot. aku cuma risaukan macam mana kalau aku dah kahwin, tapi dalam diam tanpa pengetahuan bini aku, aku masih buat benda benda gini, lagi parah ada affair dengan seorang lelaki. mau heart attack bini aku

ada jugak kes di mana beberapa kenalan aku berkahwin, bertunang tapi dalam diri tu masih ada perasaan sonsang tu. memang susah sangat nak buang. dan diorang kahwin/tunang tu semata mata untuk cover yang mereka sebenarnya sonsang, ada jugak disebabkan paksaan ibu bapa, dan ada jugak atas alasan untuk berubah. aku memang tumpang gembira kalau betul diorang nak berubah, cuma kadang kadang tu tak menjadi. lepas tu berlaku la kes penceraian atas alasan suami tak mampu beri nafkah batin disebabkan suaminya seorang homoseksual.

jadi macam mana dengan aku? aku pun jadi macam tu ke nanti? kalau betul la aku end up macam tu nanti, aku pasrah jelah. aku pernah terbaca komen sorang perempuan ni kat blog orang ni, cerita pasal isteri bercerai dengan suaminya kerana suaminya gay. ada dalam newspaper. komen dia lebih kurang macam ni "kepada kaum lelaki gay, jika anda tidak mampu untuk menggalas tugas sebagai seorang suami, elakkan daripada berkahwin. cukup cukup lah menyakiti hati dan perasaan wanita itu, sesungguhnya air matanya amat berharga"

aku terdiam seribu bahasa bila terbaca komen dia, kata kata dia seolah olah tak ada harapan lagi untuk orang macam aku ni berubah, tapi aku tak salahkan dia, mungkin ada benarnya jugak apa yang dia cakap. aku sendiri tak sanggup tengok perempuan tu menangis menderita kerana aku. aku lebih rela terseksa, biarkan diri ni bergelumang dengan najis gay ni asalkan si dia tak menitikkan setitik air matanya untuk setiap pembohongan aku kepadanya.

korang yang mungkin ada nak luahkan apa apa, nak ekspresikan perasaan korang bolehlah email aku lelakibisexual@gmail.com. nanti aku tolong postkan

No comments:

Post a Comment