Sunday, 20 April 2014

#4 straight act

selalu kan kita dengar gay atau bisexual kat luar sana, semua nak mengaku straight act. kadang kadang aku tergelak bila usha profile budak budak plu ni, terutama yang bottom. kita pun dah sedia maklum asal namanya bottom tu kebanyakkan diorang agak lembut. namun bukan semua ye! bila dah lembut tu gambar selfie kau pun nampak lah lembut manja and sebagainya tu kan. itu baru dalam gambar, kalau real life? celah mana straight act kau? mampu pulak nak jalan depan orang ramai tanpa perlu kepit sana sini, cakap kasar kasar and buat muka bengis kan?

okay itu semua subjektif. tak semestinya straight act kena berwajah bengis, jalan serupa taiko pastu cakap menggunakan kata kata kesat. even budak straight pun tak buat semua tu kan. stail diorang pun biasa biasa je. tapi jadi straight act ni penting bagi aku supaya aku boleh sentiasa adopt diri dalam kalangan yang straight ni.

ada jugak top yang mengaku straight act tapi masih nampak kegay-an nya. memang hak kita sendiri nak pakai seluar warna terang, baju sendat semua kan. mungkin orang tu jenis metroseksual. sentiasa nak jaga penampilan diri. tapi berdasarkan pemerhatian aku, member member straight aku kalau ternampak orang yang macam ni terus dicop gay.

aku pernah cakap kat diorang, tak semestinya diorang tu gay. mungkin cuma metroseksual dan diorang memang faham apa aku cuba sampaikan, tapi sebenarnya bila diselidik, orang orang yang member aku cop sebagai gay tu memang betul gay, sebab member aku cuba flirt, diorang respond! walau apa pun, hak berpakaian hak korang. boleh je pakai apa korang nak, tapi pastu jangan lah mengeluarkan statement diri tu straight act. malu oii kalau ajak lepak sama tapi anda terkepit sana sini.


Sunday, 30 March 2014

#3 kebenaran yang menyakitkan :(

sebenarnya sampai sekarang aku masih lagi doubt, betul ke aku ni bisexual. mungkin aku selayaknya digelar gay terus. ya, aku rasa itu la kebenarannya, walaupun ia menyakitkan dan teramatlah pahit nak ditelan. entah kenapa aku tak jadi macam orang lain kat luar sana, yang jenis live your life the way it is. aku berperang dengan diri aku hampir setiap hari, betul betul stress dan naik gila memikirkannya

lagi kebenaran yang menyakitkan, aku lebih kepada lelaki. ni aku dah bagitau dalam post aku sebelum ni. tapi masalahnya, bila aku dengan lelaki yang lebih berusia, aku rasa nak dijaga, dilindungi di mana ini ialah perasaan yang sial dan aku langsung taknak admit sampailah sekarang ni. padahal aku lansung tak nak rasa macam tu, sudahlah diri ni sonsang, lagi timbul pulak perasaan bottom bila dengan lelaki yang lebih berusia. perghh rasa nak buang je diri ni jauh jauh

kalau dengan yang lebih muda pulak, yang ni aku boleh terima lagi sebab aku berperanan macam seorang abang kepada adik, seorang boyfriend kepada girlfriend dan seorang husband kepada isteri. tak boleh blah kan ayat aku? tapi walau apa pun benda ni tetap sonsang dan salah ye.

memang pernah timbul niat nak berubah, tapi entah kenapa setiap kali aku cuba, setiap kali tu jugaklah aku down. nak nak lagi bila ada kes gay sampai ke hari tua. bayangkan, orang tu dah 50 tahun macam tu pun masih ada perasaan macam tu lagi. tapi orang ni tak kahwin, so aku ok la kot. aku cuma risaukan macam mana kalau aku dah kahwin, tapi dalam diam tanpa pengetahuan bini aku, aku masih buat benda benda gini, lagi parah ada affair dengan seorang lelaki. mau heart attack bini aku

ada jugak kes di mana beberapa kenalan aku berkahwin, bertunang tapi dalam diri tu masih ada perasaan sonsang tu. memang susah sangat nak buang. dan diorang kahwin/tunang tu semata mata untuk cover yang mereka sebenarnya sonsang, ada jugak disebabkan paksaan ibu bapa, dan ada jugak atas alasan untuk berubah. aku memang tumpang gembira kalau betul diorang nak berubah, cuma kadang kadang tu tak menjadi. lepas tu berlaku la kes penceraian atas alasan suami tak mampu beri nafkah batin disebabkan suaminya seorang homoseksual.

jadi macam mana dengan aku? aku pun jadi macam tu ke nanti? kalau betul la aku end up macam tu nanti, aku pasrah jelah. aku pernah terbaca komen sorang perempuan ni kat blog orang ni, cerita pasal isteri bercerai dengan suaminya kerana suaminya gay. ada dalam newspaper. komen dia lebih kurang macam ni "kepada kaum lelaki gay, jika anda tidak mampu untuk menggalas tugas sebagai seorang suami, elakkan daripada berkahwin. cukup cukup lah menyakiti hati dan perasaan wanita itu, sesungguhnya air matanya amat berharga"

aku terdiam seribu bahasa bila terbaca komen dia, kata kata dia seolah olah tak ada harapan lagi untuk orang macam aku ni berubah, tapi aku tak salahkan dia, mungkin ada benarnya jugak apa yang dia cakap. aku sendiri tak sanggup tengok perempuan tu menangis menderita kerana aku. aku lebih rela terseksa, biarkan diri ni bergelumang dengan najis gay ni asalkan si dia tak menitikkan setitik air matanya untuk setiap pembohongan aku kepadanya.

korang yang mungkin ada nak luahkan apa apa, nak ekspresikan perasaan korang bolehlah email aku lelakibisexual@gmail.com. nanti aku tolong postkan

Saturday, 29 March 2014

#2 hak aku?

baru baru ni aku ada admit kat sorang member aku yang memang straight habis. walaupun baru kenal dia, entah kenapa aku selesa berborak dengan dia. harapnya aku tak silap pilih orang la sebab aku dah luahkan macam macam kat dia. dia bukanlah orang pertama yang aku berterus terang aku sonsang, sebelum ni ada jugak tapi hampeh tak boleh pakai. ingatkan bolehlah terima aku seadanya, tapi makin nak ambik kesempatan lagi adalah. pastu terus taknak tegur sapa bila aku tak layan permintaan mengarut dorang. hmmm malas nak ambik pusing




tapi sekarang ni aku nak bercakap pasal hak. aku memang macam ni seingat aku dari kecil lagi sampailah sekarang. tapi betul ke itu hak aku untuk jadi siapa aku nak, apa aku nak? ye memang betul ini diri aku, aku bebas untuk buat apa apa je. tapi kalau perkara tu memudaratkan? kalau orang tu cita cita dia nak jadi penyangak perogol bagai, itu dikira hak dia ke tu? hak dia ke nak kacau anak dara orang? hak dia ke nak buat kacau satu dunia?

macam mana dengan hak menjadi sonsang? memang bunyi mengarut je, sebab hakikatnya memang tak ada hak yang sedemikian rupa pun. cuma mungkin dia nak ambik hati, nak jaga perasaan aku, dia cakap begitu. cuma satu je yang bermain dalam minda sekarang ni, kalau ni bukan hak aku, dah tu apa? aku dah lama macam ni, dari kecik lagi, seingat aku aku lansung tak ada pengalaman liwat ke ganguan seksual ke apa. dah tu apa yang menyebabkan aku jadi macam ni? aku tak pilih untuk jadi macam ni 

actually ramai dah aku tengok, bila yang straight ni sound yang jenis malang ni, diorang akan pertahankan diri diorang macam "bukan aku mintak jadi gay, tapi memang dah sebati dalam diri aku sejak aku lahir".janganlah gitu, sebabnya kau seolah olah menyalahkan tuhan atas apa yang terjadi. aku sendiri tak pernah nak cakap macam tu, tak baik. dan ada lagi satu "ini semua memang ketentuan aku, dah nasib aku jadi gay". seriously, ni bukan ketentuan. tuhan tak ciptakan kita sebegitu rupa. ini semua dugaan darinya, dan kita adalah insan terpilih untuk melaluinya.


kita cuma perlu kuat untuk menempuhinya.

Friday, 28 March 2014

#1 introduction

kenapa aku jadi macam ni? kenapa aku boleh ada dua perasaan yang berbeza? dah kenapa aku boleh suka kat kaum sejenis aku sendiri? mula mula aku fikir, hey ini lebih baik daripada aku suka lelaki je. setidaknya . tapi aku baru sedar. aku lebih kepada lelaki. aku tak boleh. kalau boleh aku tak nak macam ni. tapi aku tak boleh.

bab kapel, aku lebih prefer perempuan. tapi nafsu aku melencong ke arah lain. hidup aku tipu helah semata. aku hidup dalam dunia hipokrit yang aku cipta. depan member lain bolehlah aku berlagak straight kalah kote sendiri. hakikatnya melayan jugak yang sejenis. setakat ni boleh lagilah cover, berborak pasal perempuan. kononnya bajet straight. but seriously, betul ke aku berminat dengan semua tu? aku ada mencuba. melayan video straight. bayangkan yang bukan bukan bila nampak perempuan cantik depan mata. kadang kadang ia menjadi. kadang tidak.

entahlah.aku mengaku je aku bisex. mungkin untuk cover yang aku ni sebenarnya layak digelar gay. mungkin jugak untuk menyedapkan hati aku. aku layan video gay. ada jugak layan video straight. tapi hampir setiap masa aku search yang gay punya kat internet. dah puas layan, pancut bagai baru kononnya rasa bersalah, cepat cepat bukak yang straight. sadis kan. ada ke orang kat luar sana macam aku ni hahahaha gelak depan cermin.

aku suka ke jadi bisex? rasanya tak kot. aku kenal sorang mamat ni, dia macam tak kisah dengan status dirinya. katannya, lebih syok suka dua orang gender sekaligus. dah bosan pepek, jubo ada. aku dah macam errr, ok. bagi aku, aku tak berapa nak suka sebab benda ni boleh buat kau meroyan bila kau ialah aku hahaha. yang jenis tak nak terima hakikat diri ni dua alam. tapi betul ke ni hakikat? tak mungkin tuhan ciptakan seorang manusia tu untuk ada dua nafsu yang berbeza. ye kann? tapi sejujurnya, bila mood aku tengah menggatal macam kucing jantan telur gedabak tu, aku boleh melayan kedua dua nya tanpa sebarang masalah hahaha sila campak saya ke laut.

walau apa pun status diri aku sekarang, selagi aku boleh cover sebaik mungkin rasanya tak kan apa apa kot. sebab aku gerenti, golongan golongan kat luar sana yang sama dengan aku ni mesti ada timbul niat nak berubah kann. samalah dengan aku. aku nak jadi straight. aku nak tinggalkan semua ni satu hari nanti. aku nak berkahwin. nak ada anak anak yang comel hensem cantik macho macam aku. dan nak ada seseorang yang dapat memahami aku sebaiknya.